Berikut ialah kadar bayaran yang telah ditetapkan kepada setiap penghuni
Bayaran masuk
1. Sewa bulan pertama RM130.00
2. Deposit sewa 1 bulan RM130.00*
3. Penyelengaraan (sekali sahaja) RM 40.00
4. Deposit kunci RM 20.00*
5. Jumlah RM 320.00
BAYARAN AKAN DIPULANGKAN SELEPAS ANDA KELUAR KELAK Bagi yang bertanda * deposit akan dipulangkan apabila penghuni keluar dari asrama
1 bulan notis hendaklah diberikan sebelum penghuni bercadang untuk keluar dari asrama. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan wang deposit tidak akan dikembalikan
Bagi yang telah memberi notis untuk keluar, bayaran sewa bulan terakhir tetap perlu dijelaskan seperti biasa
Sebelum keluar, pastikan bil-bil air dan letrik dijelaskan dengan menyerahkan wang kepada ketua/rakan rumah
Wang deposit akan dikembalikan setelah penghuni menetap untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun. Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya penghuni tinggal kurang dari setahun kecuali yang telah beritahu untuk tinggal kurang setahun dengan kadar sewa RM150.00 sebulan.
Bagi yang ingin tinggal untuk tempoh kurang setahun, kadar sewa adalah RM150.00 sebulan
Bayaran sewa hendaklah dijelaskan sebelum 5hb setiap bulan. Kelewatan membayar sewa tanpa sebab munasabah menyebabkan notis terpaksa kami keluarkan untuk mengosongkan bilik
Bayaran deposit akan dipulangkan setelah pihak kami menilai semula kerosakan yang berlaku (jika ada) dan mengambil kira bil-bil letrik dan air yang terkini
Bayaran penuh tetap dikenakan kepada penghuni yang pulang bercuti ke kampong
Semua penghuni adalah bertanggungjawab menjaga segala kelengkapan yang disediakan dengan baik kerana jika berlaku kerosakan ia perlulah diganti
Penghuni hanya dibenarkan masuk setelah bayaran penuh (termasuk deposit) dijelaskan
Semua penghuni adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan
Bayaran hendaklah dijelaskan dengan memasukkan wang ke akaun